Tuesday 25 August 2015

NASI ARAB KABSAH

Bahan-bahan:

1 kg lamb shoulder - potong kiub
3 pot/cwn beras pusa/basmati~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 pot/cwn @ secukupnya air panas/kuah kambing
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Homemade Rempah Kabsa

Bahan - bahan:

1 sudu makan bunga cengkih
**1 sudu makan lada hitam
**1 sudu makan jintan manis
**1 sudu makan jintan putih
**2 sudu makan biji ketumbar
**1 sudu makan buah pelaga
**1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)
**1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak (sangan) bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.

2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.

3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.

2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**sukatan air ni bergantung pada jenis beras dan ambil kira air dari kuah masak lauk tu

*****saya pula masak ayam dalam periuk lain. Beras yang direndam dan ditos, masukkan dalam periuk nasi elektrik. Taburkan karot, capsicum, cili merah dan kismis. Masukkan ayam atau kambing. Sukatan air/kuah ayam dan masukkan dlm periuk beras. Kalau kuah ayam tu tak cukup saya tambah dengan air panas.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
1 biji bawang besar ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:~

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur



------------------------------------Resepi Sahabat----------------------------------
Lihat resepi di Facebook RS


Sunday 23 August 2015

NASI MENTEGA CRANBERRY

Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi (direndam selama 30 minit & ditoskan)
5 cawan air
1 cawan susu sejat IDEAL
1 kiub pati ayam Maggi (optional)
2 sudu besar mentega
1/3 cawan cranberry kering
Garam secukup rasa

Bahan tumis:

1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (di titik)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan hiasan:

Daun bawang & daun sup (dihiris)
Bawang goreng secukupnya

Cara:

Di dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga berbau harum. Masukkan beras dan kacau mesra dan sebati. Masak selama 1-2 minit. Masukkan kiub pati ayam (dihancurkan) dan gaul rata dan sebati. Tutup api. Alihkan beras ke dalam periuk Rice Cooker, tuangkan air dan susu sejat. Kacau rata. Tambahkan garam secukup rasa dan tanaklah seperti biasa. Bila nasi hampir kering, taburkan cranberry kering dan biarkan nasi betul-betul masak. Gaulkan dengan chopstick. Biarkan sebentar. Tutup suis Rice Cooker untuk mengelakkan nasi berkerak



------------------------------------Resepi Sahabat----------------------------------
Lihat resepi di Facebook RS

Nasi bukhari ayam

Nasi bukhari ayam

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )

Bahan A (tumis)
✔1 ulas bawang putih -dihiris
✔2 ulas bawang merah -dihiris
✔1 inci halia - dihiris
✔3-5 biji buah pelaga
✔3-5 biji bunga cengkih
✔2-3 kuntum bunga lawang
✔1 inci kulit kayu manis
✔2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
✔2 sudu minyak sapi untuk menumis

Bahan B (bahan-bahan lain)
✔1/2 cawan susu cair
✔1 biji tomato dipotong dadu
✔1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air
✔2 cawan beras basmathi/biasa -dibersihkan dan ditoskan
✔1 batang daun ketumbar -dihiris halus
✔secubit garam
✔sedikit gula

Cara-cara

✔✔tumis semua bahan tumis hingga naik bau
masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak

✔✔masukkan ayam bersama stoknya sekali
masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar

✔✔masukkan beras
perisakan dengan garam dan gula
tutup periuk dan masak nasi seperti biasa

Nasi Ayam Power

Nasi Ayam Power

Bahan-bahan (utk membuat sup)
1. Ayam di rebus
2. Air rebusan ayam
3. Kulit kayu manis
4. Bunga lawang
5. Halai di hiris
6. 3 biji Bawang putih di ketuk
7. Sup bunjut
8. Bahan perasa
9. Bawang goreng
10. Daun sup
11. Kiub ayam

Bahan utk memasak nasi ayam
1. 1inci Halia di hiris halus
2. 1 biji Bawang putih di hiris halus
3. Garam
4. Mejerin
5. Pewarna kuning
6. Air rebusan ayam

Bahan utk perap ayam
1. Kicap

Bahan utk hiasan
1. Daun salad
2. Timun
3. Tomato

Cara-cara memasak sup.
1. Bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang putih di gorengkn. Setelah garing angkat dan masukkan dalam air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan halia, sup bunjut, kiub ayam dan bahan perasa. Biarkan mendidih. Agak2 dh cukup rasa blh tutup api.

Cara memasak nasi
1. Basuh beras dan isi air rebusan ayam td mengikut sukatan beras yang ingin di masak.
2. Masukkan halia, bawang putih, pewarna kuning, garam dan majerin ke dlm beras td dan kacau kemudian masak.

Bahan untuk ayam
1. Ayam yg di rebus tadi di angkat dan isi kicap.
2. Setelah selesai masak sup dan nasi boleh goreng ayam pula.

Selamat mencuba!

NASI GORENG KAMPUNG

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahannya:
● 3 cawan nasi
● 6 ekor udang, dibuang kulit
● 2 ekor sotong, dipotong bulat
● 3 ulas bawang merah
● 3 ulas bawan putih
● 6 biji cili padi
● 1/2 ikat sayur kangkung
● 1 mangkuk kecil karot, didadu
● 1 sudu besar sos ikan
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 biji telur
● 2 ketul fish cake, putong dadu
● ikan bilis goreng
● serbuk lada sulah
● garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk kasar :
● 3 ulas bawang merah
● 3 ulas bawan putih
● 6 biji cili padi

Cara memasaknya :
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
5. Taburkan dengan ikan bilis goreng diatas sebelum hidang.

Selamat mencuba.

NASI AYAM MADU

NASI AYAM MADU

Bahan untuk ayam (direbus) :
-1 ekor ayam dipotong 8
-2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
-2 cm halia, ditumbuk halus
-1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :
-1 sudu besar kicap pekat
-1 sudu besar sos tiram
-1 cm halia, ditumbuk halus
-2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
-1 sudu besar kicap cair
-Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
-3 cawan beras
-4 cawan air rebusan ayam
-2 sudu besar butter
-1 cm halia ditumbuk halus
-3 ulas bawang putih ditumbuk halus
-Sedikit garam
-2 bunga lawang*
-4 buah pelaga*
-1 kayu manis*
-1 batang serai ketuk
-2 helai daun pandan
-Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:
-5 biji cili merah
-3 ulas bawang putih
-2 cm halia
-1 sudu besar cuka
-1 sudu teh garam
-1 sudu teh gula
-1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
-Air rebusan ayam
-1 biji bawang besar, dikisar
-Rempah sup bunjut
-Garam
-Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
-Kuah kicap perapan ayam di atas
-Kicap manis cap kipas udang
-Sedikit garam
-Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
5. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
2. Taburkan dengan bawang goreng -dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:

1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:

1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.
2. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips: Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Selamat mencuba & silakan share

NASI HUJAN PANAS

NASI HUJAN PANAS

Bahan-bahan :

2 cawan beras
1/2 inci halia-dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih-diketuk
3 biji bawang merah-dimayang halus
1 kiub ayam knorr
2 sudu besar minyak masak
sedikit butter
pewarna merah,hijau dan kuning.

Cara-cara :

-cuci beras dan sukat air seperti biasa.ketepikan.
-panaskan minyak dan butter(campur keduanya).tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar.
-masukkan bawang putih dan halia.kacau hingga naik bau.masukkan bawang merah.tumis garing.tutup api.
-kemudian masukkan kiub ayam.hancurkan dan masukkan semua tumisan tadi dalam periuk nasi yg berisi beras dan air.kacau sedikit supaya sebati.masak nasi seperti biasa.
-setelah nasi masak.titiskan sedikit sahaja pewarna merah, hijau dan kuning.gaul-gaulkan nasi sedikit.
-hidangkan bersama bawang goreng.

**enak dimakan bersama ayam/daging masak merah.

Selamat mencuba

Saturday 22 August 2015

RESEPI NASI AYAM PENYET

Bahan-bahannya :
● 4 ketul ayam (lebih sedap bahagian peha)
● 6 ulas bawang merah#
● 2 ulas bawang putih#
● 1 labu bawang besar#
● 3 sudu ketumbar*
● 1 sudu jintan manis*
● 1 sudu jintan putih*
● 1 inci kunyit hidup#
● 2 inci halia#
● 3 batang serai (Ditik memanjang hingga bercerai)
● 1 inci lengkuas#
● 2 biji cili merah#
● 2 biji buah keras#
● 2 sudu besar santan#
● 2 sudu gula merah#
● garam secukup rasa#

Cara-caranya :

1. Sangai bahan yang bertanda * dan tumbuk halus. Sapukan pada ayam dan tahu serta tempe.
(Sebaiknya ayam di kelar sedikit supaya bumbunya menyerap)

2.Satukan dan kisar semua bahan yang bertanda #.

4. Lumurkan pada ayam dan tempe serta tahu. Taburkan serai yg dititik dan gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.

5. Goreng ayam dalam minyak penuh.

Bahan Sedak :

● 3 sudu besar tepung beras
● sedikit putih telur
● garam
● air dari perapan ayam.

Cara sediakan bahan serdak :

1. Satukan kesemua bahan dan kacau rata. Batter haruslah spt untuk menggoreng pisang kecairannya.

2. Titiskan pada minyak panas dan goreng garing. Angkat dan toskan.

Sambal ayam penyet :

6 Biji cili merah
5biji cili padi (tambahkan jika perlu)
6 ulas bawang merah
11/2 inci belacan
2 biji tomato
segenggam ikan bilis goreng
Garam dan gula secukup rasa.

Cara sediakan sambal ayam penyet :
1. Hiris bawang,cili dan tomato kasar-kasar.

2. Goreng belacan di dalam sedikit minyak. Angkat.

3. Goreng pula cili, bawang dan tomato. Angkat.

3. Tumbuk atau kisar kesemua bahan. Siap

Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Minyak Pandan

Nasi Minyak Pandan

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
6 helai daun pandan
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu minyak sapi
1/2 inci halia ( dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 – 4 biji bawang merah (dihiris)
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bawang goreng
daun ketumbar
1/2 kiub ayam
1 sudu makan garam
sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan

1. Beras basmathi dicuci bersih kemudian masukkan dalam rice cooker. Masukkan secawan air kedalam beras tadi dan rendam seketika.
2. Daun pandan dikisar bersama secawan air, tapis dan ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi kemudian tumis bahan hiris, kiub ayam, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
4. Masukkan air pandan tadi bersama dengan 2 cawan air kedalam tumisan.
5. Kemudian curahkan air tumisan tadi ke dalam rice cooker yang mengandungi beras basmathi tadi.
6. Masukkan garam dan susu cair ke dalam beras tadi.
7. Tekan ON pada rice cooker, dan masaklah nasi seperti biasa.
8. Bila nasi kering titikkan pewarna hijau keatas nasi. Kemudian tutup periuk nasi hingga masak.
9. Bila nasi telah masak kacau dan taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

Thursday 20 August 2015

NASI ARAB SIMPLE

Bahan untuk nasi:

2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren

Bahan disangai dan dikisar kering:

1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis:

1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang

Cara:

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Bahan untuk ayam:

1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar:

3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Cara:

1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.

Bahan salad:

1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
(campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Bahan air asam:

3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)



------------------------------------Resepi Sahabat----------------------------------

NASI HUJAN PANAS





Bahan-bahan:

3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
3 kuntum bunga cengkih,
5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit.
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus

Cara:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.
3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna sekata bagi keseluruhan periuk.
4. Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.

NASI BARYANI

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
100 gm kismis
100 gajus - digoreng
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMISAN DIKISAR :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia

REMPAH TUMISAN :

30 gm rempah briyani ADABI
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos ketepi kan dulu , goreng buah gajus ditos dan ketepikan .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yg dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi .

Kemudian masukkan semua air dan susu cair , daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .

**sedap dimakan bersama lauk dalca, acar timun dan ayam masak merah/daging baryani dll



------------------------------------Resepi Sahabat----------------------------------
Lihat resepi di Facebook RS


Wednesday 19 August 2015

Telur Gulung Versi Jepun


Pernah tak tengok cerita Jepun. Mesti pernah kan..
Pernah tengok bento box atau bekal diaorang tak?
Ada yang pernah dan ada yang tak..
Pada yang pernah, teruja tak tengok bento diaorang yang kreatif dan cantik-cantik.

RS hari ni bukan nak cerita tentang bento atau macamana nak buat bento tu. RS nak tunjuk cara nak buat telur gulung yang biasa kita tengok dalam bento.

Telur gulung versi Jepun unik berbanding telur gulung kita di Malaysia. Telur gulung yang dihasilkan berlapis-lapis dan setiap lapis dimasak bersama secara berasingan. Mereka jugamenggunakan sejenis periuk khas untuk memasak telur gulung ini dan uniknya pan yang digunakan berbentuk segi empat. Dengan penggunaan pan ini,bentuk gulungan yang dihasilkan lebih sekata dan cantik. 

Nak tahu macamana nak buat telur gulung versi jepun ni..tengok sini yer..  
Yang ni menggunakan pan bulat biasa yang kita ada..


Ha ni la rupanya egg roll pan yang biasa digunakan di Jepun untuk menbuat telur gulung
(gambar ehsan google)

Terima kasih
RS

NASI TOMATO BERSAMA AYAM MASAK MERAH

BAHAN NASI TOMATO:

500gm beras
2 ulas bawang putih | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
125gm minyak sapi
2 kuntum bunga cengkih
2.5sm kulit kayu manis
190gm pes tomato
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan hiris sehingga kekuningan.
2.Selepas itu masukkan pes tomato. kacau sehingga pecah minyak.
3.Masukkan beras, air secukupnya dan garam secukup rasa. Kacau rata.
4.Tutup periuk dan tanak sehingga masak. Jika suka boleh letak kismis.
5.Hidangkan bersama Ayam Masak Merah tadi.

BAHAN AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam - potong kecil dan dibuang kulit
20 tangkai cili kering - dikisar
7 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
sedikit halia kisar
sedikit lengkuas kisar
5 batang serai kisar - ambil bahagian yang putih sahaja
1 cawan santan pekat
sos tomato secukupnya
serbuk kunyit
garam
sedikit asam jawa
gula apong

Cara-caranya:

1. Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
2. Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan santan dan kacau lagi.
3. Tambahkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa dan kacau sebati.
4. Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.
6. Kacau sekali sekali dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah dihidang

*ayam masak merah, jika tidak mahu menggunakan sos tomato juga tiada masalah



------------------------------------Resepi Sahabat----------------------------------


Lihat resepi di Facebook RS