Monday 21 September 2015

ISTEMEWA UNTUK ANDA!!!!

AIDILADHA semakin hampir.
Tentu banyak DAGING KORBAN yang bakal kita terima.

Dah BOSAN dengan resepi serupa untuk setiap HARI RAYA AIDILADHA. 
TERINGIN nak rasa masakan lain pula dengan daging yang diperoleh. 

ISTIMEWA untuk semua SURI RUMAH!!!
ISTIMEWA untuk semua SURI RUMAH!!!
ISTIMEWA untuk semua SURI RUMAH!!!

Dapatkan EBOOK RESEPI UNIK DAGING UNTUK AIDILADHA 

PUASKAN diri anda dengan resepi istimewa ini untuk santapan keluarga tercinta. 
Kan Bagus!

Selama ini asyik hidangkan yang sama jer untuk ANAK dan SUAMI TERSAYANG. Apa kata 

kita ubah selera dengan resepi baru dan fresh untuk keluarga kita.

ANAK-ANAK Suka , SUAMI gembira dan KITA pun boleh TERSENYUM BANGGA
MAK MERTUA pun terpana dengan juadah kita yang extraordinary HEBAT di pagi Aidiladha.

Pesan sekarang 
Ebook RESEPI UNIK DAGING UNTUK AIDILADHA 
Harga PROMOSI RM10 SAHAJA!!!!!

Pesan sekarang 
Ebook RESEPI UNIK DAGING UNTUK AIDILADHA
Harga PROMOSI RM10 SAHAJA!!!!!

Pesan sekarang 
Ebook RESEPI UNIK DAGING UNTUK AIDILADHA
Harga PROMOSI RM10 SAHAJA!!!!!

WhatApp  'ebook daging' -012-656 4406

 TUNGGU, ada hadiah untuk anda jika pesan EBOOK RESEPI UNIK DAGING UNTUK AIDILADHA  sekarang!!! 

Percuma untuk anda satu lagi Ebook Acar dan Air Asam. 

YA!PERCUMA! Untuk 100 Pesanan TERAWAL sahaja!!!

PERCUMA! PERCUMA! PERCUMA
Ebook ACAR DAN AIR ASAM -Dengan setiap pesanan EBOOK RESEPI UNIK DAGING UNTUK AIDILADHA.

WhatApp  'ebook daging' -012-656 4406 

WhatApp  'ebook daging' -012-656 4406  

WhatApp  'ebook daging' -012-656 4406 

Meriahkan Hari Raya anda dengan Koleksi Resepi Terbaru ini.

Anak-Anak Suka
Suami Gembira
Mak Mentua Pun Rasa Bangga


Kita pun Bahagia

Tempah Sekarang!! 
PROMOSI RM 10 SAHAJA
WHATAPP 'ebook daging 'ke 012- 656 4406







Sunday 13 September 2015

Nasi Tumpang

bahan-bahanya;
200gm beras
600ml air

Cara membuatnya
1-Tanak nasi sehingga kering
2-Sediakan daun pisang sebagai kelongsong

Bahan gulai ikan
1ekor ikan tongkol kecil
1/in lengkuas
1in kunyit hidup
200gm bawang merah
secubit garam
sedikit gula atau manisan
kesemua bahan2 ini dikisar

Cara membuat;
Masak kesemua bahan kisar,santan kelapa asam keping garam manisan sehingga mendidih sambil kacau perlahan-lahan.Masukkan ikan dan kacau bsehingga masak

Ambil ikan dan tos bersama sedikit kuah sahaja,sejukkan

Bahan2 sambal ikan
1/2 kg ikan kembung
200gm bawang merah
20gm cili kering
100ml santan

Cara membuat
1-Ikan direbus terlebih dahulu bersama sedikit air dengan api,sejukkan,asingkan isi dan tulang
2-Cili kering dan bawang merah dikisar halus, masukkan isi ikan bersama bahan dikisar tadi beserta santan .Kacau hingga kering dan sejukkan ,masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukupnya

Cara membuat nasi tumpang
1-Ambil sesudu besar nasi dan ditekan sehingga padat dalam kelongsong daun pisang, masukkan sambal ikan sedikit,ambil dua sudu nasi dan tekan serapatnya.Masukkan gulai ikan dan amil tiga sudu nasi dan tekan serapatnya.
2-Sejuk dan kemudian sedia dihidangkan
.



-----------------------------------Resepi Sahabat-------------------------------
Lebih resepi di SINI


Saturday 12 September 2015

NASI GORENG BUDU


Bahan:

1 pot beras
seulas bwg putih saiz besar
sebiji bwg merah besar
5 biji cili padi
sebatang serai saiz besar
ikan rebus goreng @ ikan goreng @ ikan kering goreng
sayur mayur is up to you.. guna kacang buncis
budu secukup rasa
sy tak letak garam pon..sebab budu dah masin..

Cara:

tumis bawang, lada, serai sampai naik bau..lagi sedap kalau bwg tu hangit2 sket..campak ikan and sayur..masukkan budu secukup rasa..masukkan nasi..kacau2..try la cukup masin ke tak..and then..SIAP!



-----------------------------------Resepi Sahabat-------------------------------
Lebih resepi di SINI



Friday 11 September 2015

RESEPI NASI GORENG SARDIN SPECIAL!

Bahan-bahan ( 2 orang makan )
2 mangkuk nasi ( yang dah sejuk)
1 tin kecil Sardin apa apa brand pun boley. Saya guna cap ayam. Hancurkan isi sardin bersama sosnya sekali,
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
10 batang lada kering ( rendam dgn air panas) *
1 inci halia *
1 biji bawang besar ( potong dadu )
2 biji buah tomato ( potong dadu )
1/2 batang karot ( potong dadu )
1 sudu besar sos tomato
garam dan serbuk perasa secukup rasa
daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara
1.Kisar bahan bahan yang bertanda * dan tumis dalam 1 senduk minyak panas hingga garing dan naik bau.
2.Bila dah garing, masukkan sos tomato, sardin , karot , buah tomato.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Biar rasa masin sikit sebab bila masuk nasi akan kurang masinnya. Agak agak la ye.
3.Bila dah cukup rasa, masukkan nasi dan gaul rata. Goreng nasi biar kering sikit.
4.Hiaskan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

Selamat Mencuba!



-----------------------------------Resepi Sahabat-------------------------------
Lebih resepi di SINI


Thursday 10 September 2015

NASI GORENG TELUR MATA

Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk - diramas-ramas supaya tidak bergumpal
1 biji karot - disagat
Ayam goreng (lebihan semalam) - di cincang
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan kicap lemak masin
Sawi - dipotong 1 inci (kali ni saya tak bubuh sebab tak ada dlm stok)

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
Segenggam ikan bilis

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak dan agak kering.
2. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
3. Masukkan ayam goreng, gaul rata.
4. Masukkan sawi dan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap dan karot. Kacau rata.
6. Bila dah rata, kecilkan api dan kacau nasi goreng sekali-sekala hingga nampak bumbu dan nasi goreng mesra serta berwap asap.
7. Tutup api.
8. Hidangkan bersama telur goreng mata kerbau, hirisan timun dan sambal belacan.



-----------------------------------Resepi Sahabat-------------------------------
Lebih resepi di SINI
 

Nasi Ayam Singapura

BAHAN AYAM:
1 ekor ayam | dipotong empat & dibersihkan
5 sudu makan gula merah | dikisar halus
3 liter air
1/2 inci halia
1 kiub pati ikan bilis
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
Madu dan minyak masak secukupnya

BAHAN NASI:
500 gm beras | dibasuh dan ditoskan
2 helai daun pandan
30 gm lemak ayam
15 gm halia | dihiris
Sedikit garam

BAHAN SOS ( DIKISAR) :
10 biji cili merah
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
20 gm halia muda
15 gm cili padi
120 gm air limau nipis

BAHAN SUP:
Air rebusan ayam
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun sup secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan ayam kedalam periuk bersama gula merah, air, halia dan bawang putih. Rebus hingga separuh masak dan diangkat. Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.

2. Salutkan ayam bersama madu dan minyak masak secukupnya. Panaskan oven pada suhu 180'c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan.

3. Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia yang dihiris sehingga berbau wangi.

4. Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.

5. Untuk sos, satukan kesemua bahan kedalam periuk. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga masak.

6. Bagi sup pula, ambil air rebusan ayam tadi dan campurkan hirisan daun sup dan juga bawang goreng. Renehkan seketika.

7. Akhir sekali, hidangkan nasi bersama ayam panggang, sos, sup dan daun salad.



-----------------------------------Resepi Sahabat-------------------------------
Lebih resepi di SINI