Monday, 17 August 2015

DUMPLING AYAM DAN SAYUR





Bahan Doh

250gm tepung gandum
80gm tpg ubi kalau takde tepung ubi boleh digantikan dgn tpg jagung
200-220ml air panas mendidih..
sedikit garam
1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara Adunan
1. dalam bekas satukan tpg gandum dan tpg ubi atau tpg jagung serta garam serta
minyak masak
2. kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak
lekat kat tangan (mcm buat kulit karipap) (masa letak air panas seeloknya pakai sudu gaul)
3. uli hingga sebati kemudian biarkan sebentar dlm 20 minit dlm bekas tertutup
supaya doh tak keras

Untuk inti sayur pula, ni resepinya

Inti Dumpling Sayur

Sengkuang-cincang sederhana
Saderi-cincang sederhana
Lobak merah -cincang halus
Bawang merah-cincang halus
Bawang putih cincang halus
Daun kubis-hiris halus
Cendawan Shitake-hiris halus
Halia-cincang halus
Daun bawang-hiris halus

*gaul sebati dalam mangkuk dan tambah seasoning yang sama mcam inti ayam, rasa ...dah siap tuk diletakkan sebagai inti..

Cara goreng Dumpling

  1. Guna non stick pan, masukkan minyak sedikit sahaja. 
  2.  panaskan pan atas api, masukkan dumplung ( x perlu dikalih2) biarkan sehingga bahagian bawah dumpling warna perang keemasan (tanda dah rangup tepung tu), then masukkan air sehingga separuh dumpling tenggelam dan tutup tudung pan biarkan sehinggan air habis menyejat. 
  3. Dah masak, tutup api, letak pinggan bahagian muka diatas dumpling dan pusingkan pan sambil tangan memegang pinggan spya dumpling masuk dalam pinggan. 
  4. Siap untuk dihidangkan bersama sos.
  5. Kaau kukus just kukus macam biasa.




Dumpling yang siap dimasak biasanya akan disapu dengan minyak bawang putih. Goreng bawang putih dalam minyak sehingga garing dah jadi minyak bawang putih.


Sos Dumpling
Kicap cair
cili padi hiris
lada putih

* gaul sebati..  

 Dumpling yang siap dikelim sebelum dimasak @ disimpan. Tak cantik x apa, nanti praktis lagi...hihihi

No comments:

Post a Comment