NASI HUJAN PANAS
Bahan-bahan :
2 cawan beras
1/2 inci halia-dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih-diketuk
3 biji bawang merah-dimayang halus
1 kiub ayam knorr
2 sudu besar minyak masak
sedikit butter
pewarna merah,hijau dan kuning.
Cara-cara :
-cuci beras dan sukat air seperti biasa.ketepikan.
-panaskan minyak dan butter(campur keduanya).tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar.
-masukkan bawang putih dan halia.kacau hingga naik bau.masukkan bawang merah.tumis garing.tutup api.
-kemudian masukkan kiub ayam.hancurkan dan masukkan semua tumisan tadi
dalam periuk nasi yg berisi beras dan air.kacau sedikit supaya
sebati.masak nasi seperti biasa.
-setelah nasi masak.titiskan sedikit sahaja pewarna merah, hijau dan kuning.gaul-gaulkan nasi sedikit.
-hidangkan bersama bawang goreng.
**enak dimakan bersama ayam/daging masak merah.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment