Saturday 5 September 2015

Lemang Periuk Kera

BAHAN-BAHAN

20 bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak,sila sediakan banyak-banyak).Bersihkan dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera)
300g beras pulut. Basuh dan toskan.
1 liter santan
Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
Gula kalau suka rasa manis pada pulut.

CARA MEMBUATNYA

Masukkan pulut ke dalam periuk kera.Masukkan setengah sahaja untuk memberi peluang kepada beras mengembang. Masukkan santan sampai tutup beras. Susun dalam acuan@bekas untuk dikukus. Kukus sampai masak.SUDAH SIAP....Sedap dimakan bersama kari ayam,rendang dan yang sewaktu dengannya. Ataupun makan begitu sahaja atau cicah dengan gula atau susu pekat manis. Memang sangat sedap...Cubalah ya..



-----------------------------------Resepi Sahabat-------------------------------
Lebih resepi di SINI


No comments:

Post a Comment